Pengenalan


Malawati Resources Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milikan 100% bumiputera yang menjalankan aktiviti perniagaan yang berteraskan perkhidmatan seperti membekalkan alat tulis bagi sekolah dan pejabat, pakaian seragam bagi unit berunifom sekolah, bahan-bahan bercetak seperti fail, buku tulis, examination pad, pamplet dan sebagainya bagi jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan, selain daripada sekolah dan kolej.


Jenis-jenis Perkhidmatan

  1. Membekal alat tulis bagi sekolah & pejabat
  2. Membekal & mencetak fail, buku, pen dan majalah dll
  3. Membekal Uniform Kokurikulum
  4. Mereka (design) untuk pamplet, name card, kad jemputan kahwin dll
  5. Perkhidmatan tracing bagi logo jabatan, sekolah, organisasi dll
  6. Membekal diari, planner dan kalendar (ordinary & customize)

Pengalaman

Berikut adalah antara agensi / organisasi / sekolah / jabatan / kolej yang pernah dan sedang menggunakan perkhidmatan kami :

  1. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor
  2. Unit Disiplin dan HEP Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah Kuala Selangor
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Kuala Selangor
  4. Badan Islam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
  5. Jabatan Agama Islam Selangor
  6. Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan 2, Petaling Jaya
  7. Institut Kemahiran Yayasan Selangor
  8. Akademi Mutiara Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor
Kami sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik

Mutiara Kata

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
www.familiazam.com
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

Muhasabah Diri

Penyakit Umat

Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

Nasihat Sepanjang Zaman

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

Koleksi Kad Kahwin

Berikut adalah antara koleksi kad kahwin yang terdapat di syarikat kami

Koleksi Perak

Koleksi ini menawarkan kad-kad bagi kategori :

Saiz : 8cm x 21 cm
Kuantiti : 100pcs/pkt
Berat : 140gms
Spesifikasi : Cetakan 4 warna + Hotstamping
Sampul : 4 warna
Harga : RM 60 (0.60sen / sekeping)

Koleksi Emas

Koleksi ini menawarkan kad-kad bagi kategori :

Saiz : 8cm x 21 cm
Kuantiti : 100pcs/pkt
Berat : 200gms
Spesifikasi : Cetakan 4 warna + Hotstamping
Sampul : 4 warna
Harga : RM 70 (0.70sen / sekeping)